Harga combo RM87 untuk dua bot tamat dalam 0hari00jam00min00saat

Untuk ejen hartanah & REN

Balik site visit, listing terus naik.

Berapa listing awak masih tersangkut dalam galeri phone? Hantar geran dan gambar ke Telegram. Dua bot AI baca geran, susun gambar ikut ruang, tulis iklan dan publish ke channel awak.

Guna terus dalam Telegram. Tak perlu install app baru.

Lister, robot yang memegang geran tanah Sorter, robot yang memegang gambar ruang rumah

Untuk siapa

Bot ni dibuat untuk ejen yang buat semua benda sendiri.

  • Awak ambil gambar, tulis iklan dan post sendiri. Tiada admin, tiada PA.
  • Awak urus subsale atau tanah, dan setiap listing bermula dengan sekeping geran.
  • Awak ejen part-time. Masa untuk listing cuma ada lepas kerja.
  • Awak dah guna Telegram channel untuk kongsi listing dengan buyer dan co-agent.

Masalahnya

Site visit ambil sejam. Kerja lepas tu yang makan satu malam.

Taip semula isi geran

Nama owner, no. KP, no. lot. Luas pula dalam hektar atau meter persegi, kena kira sendiri ke kaki persegi. Salah satu digit, malu depan buyer.

40 gambar bercampur

Dapur, bilik air, pagar depan, semua dalam satu galeri. Pilih 10 yang elok, buang yang kabur dan gelap, susun ikut ruang.

Tulis iklan pukul 11 malam

Lepas penat drive dan jumpa owner, baru nak fikir ayat. Esok ada site visit lain, jadi yang ni tangguh dulu.

Post satu-satu

Copy teks, attach gambar, betulkan format, letak nombor telefon dan no. REN. Ulang untuk setiap listing.

Selagi listing tu duduk dalam phone awak, buyer tak nampak, owner tertunggu, dan ejen lain yang post dulu dapat panggilan.

LISTERBot listing

Hantar geran. Dapat listing siap publish.

  1. Baca geranGambar atau PDF geran Rumi. Lister keluarkan nama owner, no. KP, luas dalam kaki persegi dan amaran yang ada pada geran.
  2. Tulis iklanJawab beberapa soalan ringkas: harga, bilik, kemudahan berdekatan. Lister tulis iklan, awak boleh pendekkan, tukar ke English atau edit sendiri.
  3. Publish ke channelTekan Lulus. Iklan dan gambar naik ke Telegram channel awak, lengkap dengan nombor telefon dan no. REN.
Nama ownerROSLAN BIN HAMID
No. KP6•••••-••-••••
Luas0.1012 hektar = 10,893 kps
AmaranAda sekatan kepentingan

Contoh paparan. Butiran di atas rekaan.

SORTERBot gambar

Gambar site visit, tersusun ikut ruang.

  • Hantar semua sekali gusSampai 40 gambar satu kumpulan, terus dari galeri.
  • Satu album setiap ruangLuar rumah, ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan lain-lain.
  • Set iklan 10 gambarSatu dari setiap ruang dahulu. Gambar kabur atau gelap, dan gambar yang nampak muka orang atau no. plat, tak dipilih.
  • Gambar tak disimpanLepas album dihantar balik, bot tak simpan gambar awak.
Masuk Set iklanKabur, tak dipilih

Guna dua-dua sekali

Dari geran ke channel, tanpa keluar Telegram.

  1. Hantar geran kepada ListerSemak ringkasan dan sahkan.
  2. Hantar gambar kepada SorterDapat album ikut ruang dan satu Set iklan.
  3. Forward Set iklan kepada ListerJawab soalan info, semak preview, tekan Lulus.

Lepas tu, /sold tanda SOLD pada post bila property dah terjual.

Listerbot
geran-lot-1234.pdf
Geran dibaca.
Owner: ROSLAN BIN HAMID
Luas: 10,893 kps
Amaran: ada sekatan kepentingan
Sahkan geranTambah muka surat
Set iklan (10 gambar)
Preview iklan
Teres 2 Tingkat, Bandar Baru Bangi
RM 520,000 · 4 bilik · 3 bilik air
Lot tepi, dekat sekolah dan LRT
PendekkanEnglishLulus
Dah publish ke channel awak.

Contoh perbualan. Butiran property rekaan.

Tawaran

Dua bot bernilai RM288. Combo RM87 sahaja.

Lister RM159, Sorter RM129. Ambil combo, dapat dua-dua sekali dengan RM87.

Lister sahaja

RM159/ 30 hari
  • Baca geran Rumi
  • Tulis iklan BM atau English
  • Publish ke Telegram channel
Ambil Lister

Combo Lister + Sorter

Harga biasaRM288Jimat RM201
RM87/ 30 hari, dua bot
  • Semua fungsi Lister
  • Semua fungsi Sorter
  • Satu bayaran, dua-dua bot terbuka
Harga combo tamat dalam 0hari00jam00min00saat
Ambil combo sekarang

Sorter sahaja

RM129/ 30 hari
  • Album gambar ikut ruang
  • Set iklan 10 gambar
  • Tapis gambar kabur dan gelap
Ambil Sorter

Semua langganan dibuat dalam bot Lister: tekan Start, daftar, kemudian Langgan. Tiada potongan automatik: awak sambung sendiri bila nak.

Soalan biasa

Sebelum awak tekan butang.

Perlu install app atau buat akaun baru?

Tak perlu. Dua-dua bot jalan dalam Telegram yang awak dah ada. Buka bot, tekan Start, ikut langkah yang bot beri.

Semua jenis geran boleh dibaca?

Geran bertulisan Rumi sahaja, sebagai gambar atau PDF. Geran bertulisan Jawi belum disokong. Awak semak ringkasan dulu sebelum sahkan, jadi apa yang masuk iklan ialah apa yang awak luluskan.

Iklan terus dipost tanpa saya semak?

Tidak. Bot tunjuk preview dulu. Awak boleh pendekkan, tukar bahasa atau edit sendiri. Iklan naik ke channel hanya selepas awak tekan Lulus.

Gambar saya disimpan di mana?

Gambar dan video kekal dalam Telegram. Sorter tak simpan gambar selepas album dihantar balik. Gambar listing dalam Lister tak dihantar ke AI; AI hanya baca geran dan tulis iklan.

Macam mana nak bayar, dan ada auto-debit?

Tekan Langgan dalam bot, dapat pautan bayaran, bayar. Akses dibuka dalam masa lebih kurang seminit. Tiada auto-debit. Bot ingatkan awak tiga hari sebelum tempoh tamat.

Kalau saya tak sambung?

Bot berhenti baca geran, tulis iklan dan publish. Post yang dah ada dalam channel kekal, dan awak masih boleh tanda SOLD atau padam post.

Listing seterusnya, biar bot yang siapkan.

Dua bot, RM87. Harga combo tamat dalam 0h00j00m00s

Ambil combo sekarang
Combo RM87Tamat 0h00j00m00s
Ambil combo